Monday 23 January 2017

Mesyuarat Jawatankuasa Sekolah bagi sesi 2017

Mesyuarat Jawatankuasa Sekolah bagi sesi persekolahan 2017 diadakan pada 27 Disember 2016. Penglibatan dan kerjasama semua guru serta kakitangan yang padu amat dihargai bagi merialisasikan perancangan jangka pendek dan jangka panjang. 










Dikemaskini oleh:
Unit ICT & Dokumentasi Sekolah

Tuesday 18 February 2014

Salam Perpisahan dan Selamat Datang

Berasah parang bersepuh lama
Menjadi senjata pahlawan handal
Susah senang ditempuh bersama
Menjadi jasa buat yang tinggal

Lipat sirih di tapak tangan
Letak sekapur dalam dupa
Budi yang baik jadi kenangan
Budi tuan kami tak lupa

Pihak sekolah ingin mengucapkan selamat bertugas ditempat baru.
Semoga sinar kebahagiaan menyinar di sana..:)

Tn. Hj. Rahim Bin Othman
Guru Penolong Kanan 1
Bertukar ke SK ANAK DARA, KEMAMAN

 En. Ahmad Hazli Bin Ab. Multalib
Guru Penolong Kanan HEM
Bertukar ke SK BUKIT MENTOK 2, KEMAMAN


Yang patah akan tumbuh..yang hilang pasti berganti...

Senja gemilang bayu berpuput
Gugur kenanga dicelah jerami
Besarlah hati kami menyambut
Tuan bertamu ke sekolah kami

Anak ayam disambar musang
Musang diam dibalik kuini
Teratak kami banyak yang usang
Harapkan damai tuan disini

Selamat bertugas di SK Ayer Jerneh


Pn. Azizah Binti Ismail
Guru Penolong Kanan 1
Dari SK KEMASEK, KEMAMAN


En. Yuzaimi Bin Yassin
Guru Penolong Kanan HEM
Dari SK ANAK DARA, KEMAMAN


Tuesday 3 September 2013

PROJEK PEMBEKALAN PERALATAN ICT KE MAKMAL KOMPUTER

Salam 1 Malaysia

Baru-baru ini pihak sekolah telah menerima satu surat dari Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu & Kementerian Pendidikan Malaysia berkenaan dengan PROJEK PEMBEKALAN PERALATAN ICT KE MAKMAL KOMPUTER. Alhamdulillah, memandangkan makmal komputer SKAJ sudah lama menyepi, kini pihak kementerian telah membekalkan sebanyak 20 buah komputer pelajar dan 1 buah komputer guru.

Kementerian telah melantik Syarikat Bitara Unduk Sdn. Bhd. bagi projek pembekalan peralatan ICT Makmal Komputer dengan menggunakan VDI Thin Client  bagi anggaran 1,250 buah sekolah di seluruh negara.

Proses pemasangan sedang giat dijalankan oleh juruteknik-juruteknik yang berpengalaman.






Lepas nie pelbagai aktiviti akan diadakan bagi menceriakan makmal komputer... :)



-ADMIN-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...